 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
abdhakamabdah's FotoPage
By: abdhakamabdah abdullah
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 15-Dec-2006 07:26 |
Email | Share | Bookmark |
|
Istimewa....Wanita Muslim.
|
 |
|
Sentiasa dijaga dan disayangi....
|
|
|
Saya bangga menjadi seorang WANITA MUSLIM….Baik untuk direnungi
Kaum Feminist kata : SUSAH jadi WANITA ISLAM....lihat sahaja peraturan di bawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah.
3. Wanita kurang menjadi saksi berbanding lelaki.
4. Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suami tetapi suami tak harus selalu taat pada isterinya.
7. Wanita tidak boleh menjatuhkan talak ke atas Suaminya.
8. Wanita kurang dalam beibadat kerana masalah haid dan nifas
Maka Kaum Feminisme ( Pejuang Hak-hak Wanita ) tidak henti berpromosi untuk “ MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM “….Pernahkah kita lihat disebalik kenyataan ini ?.
Benda yang mahal harganya tentu akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik.
Sudah pasti Intan Permata tidak akan dibiar berselerak bukan ?. Itulah bandingannya seorang Wanita Islam ( Al Quran Surah An-Nisaa ).
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya ( Hadis Nabi ). Bukankah ibu adalah seorang wanita ?.
Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya manakala lelaki menerima harta pusaka perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya. ( Al Quran Surah An – Nisaa dan Hadis Nabi )
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah Mati Syahid ( ke Syurga – Hadis Nabi ).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini : Isterinya, Ibunya, Anak perempuannya dan Saudara perempuannya ( Hadis Nabi ).
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini : Suaminya, Ayahnya, Anak lelakinya dan Saudara lelakinya ( Hadis Nabi ).
Seorang wanita boleh memasuki Pintu Syurga melalui mana yang disukainya dengan cukup 4 syarat sahaja:
Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadan, Taat kepada suami dalam mengerjakan kebajikan rumahtangga dan Menjaga kehormatannya ( Hadis Nabi ).
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya yang menyuruh melakukan kebaikan serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Maha Suci Allah….demikian sayangnya Allah SWT pada wanita….Wallahu alam bish-showab.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|